Tugasan 12: Pembiayaan




Organisasi:          TEKUN Nasional (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga)

Alamat:                 TEKUN NASIONAL
                                Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
        No. 2, Jalan Tasik Selatan4,
        Bandar Tasik Selatan,
        57000 Kuala Lumpur
       Tel : + 6 03 – 9058 8850 / 9058 8999
       Fax : + 6 03 – 9059 5777


Website :              www.tekun.gov.my

Senarai Skim Pembiayaan:

Pinjaman
Jumlah
Tempoh Bayaran
Skim Pinjaman Mikro ( SPM )
RM 1,000 – RM5,000
Sehingga 3 tahun
Skim Pinjaman Mikro ( SPM )
>RM 5,000 – RM10,000
Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Kecil ( SPK )
>RM 10,000 – RM50,000
Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Sederhana ( SPS )
>RM 50,000 – RM100,000
Sehingga 10 tahun


Tempoh Bayaran Balik:
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.
  

Cara Bayaran Balik:
Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi
BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh.


Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN:
Usahawan diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran sumbangan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.


Bayaran Proses:

Pinjaman
Bayaran
RM 1,000 – RM 5,000
RM 50
> RM 5,000 – RM 10,000
RM 100
> RM 10,000 – RM 20,000
RM 150
> RM 20,000 – RM 30,000
RM 200
> RM 30,000 – RM 40,000
RM 250
> RM 40,000 – RM 50,000
RM 300
> RM 50,000 – RM 100,000
RM 500



Simpanan:
Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.


Perlindungan Insuran:
Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Pinjaman dan Insuran Hayat & Kemalangan (peminjam) yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh pinjaman.


Syarat Kelayakan Asas Pinjaman TEKUN Nasional:
1.     Bumiputera dan Masyarakat India ( Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India - SPUMI )
2.     Berumur 18 – 65 tahun.
3.     Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
4.     Mempunyai lesen / Permit  / Daftar Perniagaan yang sah ( Pinjaman di bawah RM 5,000 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ]  ).
5.     Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak         ( mobile ).
6.     Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan ( Pinjaman sehingga RM 5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan )
7.     Satu pinjaman bagi satu isi rumah ( kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isirumah ).
8.     Bayaran balik pinjaman RM 20,000 sehingga RM 100,000 menggunakan bayaran Cek Tertunda Tarikh ( Post- Dated Cheque ).
9.     Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.
10.   Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman / perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan ( kecuali permohonan di kalangan siswazah ).
11.   Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000.



Maklumat Skim Pembiayaan TEKUN (SPT):


SKIM PINJAMAN MIKRO (SPM) : RM 1,000 - RM 10,000

·         Pinjaman RM 5,000 dan ke bawah

o    Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
o    Umur 18 – 65 tahun.
o    Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan simpanan wajib sehingga 5% setahun.
o    Tidak perlukan pendaftaran perniagaan.
o    Lesen PBT ( sekiranya ada ).
o    Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 7 hari.
o    Kelulusan pinjaman di peringkat Kawasan.
o    Tempoh bayaran balik sehingga 3 tahun.
o    Penyaluran pinjaman secara autodebit.
o    Perniagaan sambilan atau sepenuh masa.
o    Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
o    Borang Maklumat Asas Perniagaan ( JPP 06 ) wajib diisi.
o    Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan ( SAK / KAK )
o    Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh ( sekiranya ada ).
·         Pinjaman > RM 5,000 – RM 10,000
o    Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
o    Umur 18 – 65 tahun.
o    Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan simpanan wajib 5% setahun.
o    Perlu pendaftaran perniagaan ( Sabah dan Sarawak boleh dikecualikan ).
o    Perlu lesen PBT ( jika berkenaan ).
o    Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 14 hari.
o    Tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun.
o    Penyaluran pinjaman secara autodebit.
o    Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa (separuh masa boleh dipertimbangkan).
o    Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
o    Borang maklumat asas perniagaan JPP 06 wajib diisi.
o    Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan ( SAK / KAK ).
o    Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh ( sekiranya ada ).


SKIM PINJAMAN KECIL (SPK) : > RM 10,000 - RM 50,000

o    Warganegara Malaysia dan Bumiputera
o    Umur 18 – 65 tahun.
o    Had pinjaman melebihi RM 10,000 sehingga RM 50,000.
o    Tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun.
o    Sumbangan Pengurusan sehingga 4% setahun dan simpanan wajib 5% setahun.
o    Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 21 hari.
o    Perlu pendaftaran perniagaan atau syarikat.
o    Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
o    Perniagaan yang dijalankan secara sepenuh masa.
o    Kelulusan pinjaman atas nama syarikat dan rakan kongsi bagi pinjaman RM20,000 dan ke atas (100% milik  Bumiputera ). Pinjaman kurang RM20,000 menggunakan nama individu.
o    Penyaluran pinjaman menerusi autodebit ( pinjaman kurang RM20,000 ) atau cek.
o    Kertas Rancangan Perniagaan ( KRP ) wajib dikemukakan.
o    Kelayakan permohonan bagi tempoh penubuhan dan operasi syarikat adalah melebihi 6 bulan beroperasi.
o    Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
o    Mengemukakan penyata akaun bank ( 3 bulan terakhir ).
o    Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan ( SAK / KAK )
o    Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tarikh Tertunda ( CTT ) (pinjaman RM 20,000 dan ke atas, wajib mengemukakan CTT, sekurang-kurangnya 12 keping)
o    Had modal berbayar tidak melebihi RM 100,000 ( Modal berbayar melebihi RM100,000 boleh dipertimbangkan ).



SKIM PINJAMAN SEDERHANA (SPS) : > RM 50,000 - RM 100,000

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera
  • Umur 18 – 65 tahun.
  • Had pinjaman  melebihi RM50,000 sehingga RM100,000.
  • Tempoh pinjaman sehingga 10 tahun.
  • Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan simpanan wajib 5% setahun.
  • Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 30 hari .
  • Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
  • Penyaluran pinjaman menerusi cek.
  • Kadar yuran proses bagi pinjaman melebihi RM50,000 hingga RM100,000 adalah RM500.
  • Permohonan dan kelulusan kepada syarikat atau perniagaan berdaftar.
  • Syarikat / perniagaan milik 100% Bumiputera.
  • Kelayakan permohonan bagi tempoh penubuhan dan operasi syarikat adalah melebihi 6 bulan beroperasi.
  • Keutamaan kepada Usahawan TEKUN sedia ada yang mempunyai prestasi perniagaan dan rekod bayaran balik yang baik ( pertimbangan juga boleh diberikan kepada pemohon yang bukan dari kalangan Usahawan TEKUN yang mempunyai prestasi perniagaan yang baik )
  • Semakan kredit wajib dilaksanakan ( Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000  dan mempunyai prestasi bayaran balik yang baik )
  • Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
  • Surat makluman penyaluran pinjaman akan dikemukakan kepada syarikat sekiranya cek pinjaman telah diserahkan sebagai rujukan dan pengesahan syarikat.
  • Wajib mengemukakan Kertas Rancangan Perniagaan (KRP).
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM 300,000 ( Modal berbayar melebihi RM300,000 boleh dipertimbangkan ).
  • Mengemukakan penyata akaun bank ( 3 bulan terakhir ).
  • Wajib hadir Kursus Pengurusan Perniagaan ( KPP ).
  • Peminjam WAJIB membuat bayaran balik pinjaman hanya menerusi Cek Tarikh Tertunda ( CTT ) - 24 keping


Lain-lain:
Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) : RM1,000 – RM100,000
Skim Pinjaman Usahawan Veteran – ATM (SPUV): RM1,000 – RM50,000

Maklumat Pembiayaan:


SKIM PEMBANGUNAN USAHAWAN MASYARAKAT INDIA ( SPUMI ) : RM 1,000 – RM 100,000
·         Warganegara Malaysia dan Masyarakat India.
·         Umur 18 – 65 tahun.
·         Had pinjaman RM1,000 sehinggga RM100,000.
·         Tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun.
·         Pinjaman di bawah RM20,000, penyaluran pinjaman melalui individu. Penyaluran pinjaman melebihi RM20,000 disalurkan atas nama syarikat ( 100% milik Bangsa India ).
·         Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan Simpanan Wajib 5% setahun.
·         Tempoh kelulusan :
o    Pinjaman di bawah RM5,000 - 7 hari
o    Pinjaman > RM5,000 - RM10,000 - 14 hari
o    Pinjaman > RM10,000 - RM50,000 -  21 hari
o    Pinjaman > RM50,000 - RM100,000 - 30 hari
·         Perlu pendaftaran perniagaan atau syarikat ( pinjaman di bawah RM5,000 tidak memerlukan pendaftaran perniagaan ).
·         Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
·         Penyaluran pinjaman menerusi cek atau autodebit.
·         Perniagaan sambilan / sepenuh masa.
·         Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
·         Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan Simpanan Wajib 5% setahun.
·         JPP06 / Kertas Rancangan Perniagaan ( KRP ) wajib dikemukakan.
·         Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 ( Modal berbayar melebihi RM300,000 boleh dipertimbangkan ).
·         Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan / Kursus Pengurusan Perniagaan ( SAK / KAK / KPP )
·         Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tarikh Tertunda ( CTT ) (pinjaman RM 20,000 dan ke atas, wajib mengemukakan CTT, sekurang-kurangnya 12 keping )


SKIM PINJAMAN USAHAWAN VETERAN - ATM ( SPUV ) : RM 1,000 – RM 50,000
·         Warganegara Malaysia dan Bumiputera atau Masyarakat India.
·         Umur 18 – 65 tahun.
·         Had pinjaman  melebihi RM1,000 sehingga RM50,000.
·         Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun.
·         Sumbangan Pengurusan dibiayai oleh Kerajaan dan Simpanan Wajib 5% setahun.
·         Perlu pendaftaran perniagaan atau syarikat.
·         Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
·         Sokongan dan pengesahan daripada PERHEBAT.
·         Tempoh kelulusan 21 hari.
·         Penyaluran pinjaman menerusi cek atau auto debit.
·         Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
·         Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
·         Borang JPP 06 wajib dikemukakan.
·         Mengemukakan penyata akaun bank ( 3 bulan terakhir ).
·         Had modal berbayar tidak melebihi RM 100,000 ( Modal berbayar melebihi RM100,000 boleh dipertimbangkan ).
·         Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan ( SAK / KAK )
·         Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tarikh Tertunda ( CTT ) ( pinjaman RM 20,000 dan ke atas, wajib mengemukakan CTT, sekurang-kurangnya 12 keping )



Ibu Pejabat:

TEKUN NASIONAL
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No. 2, Jalan Tasik Selatan4,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur
Tel : + 6 03 – 9058 8850 / 9058 8999
Fax : + 6 03 – 9059 5777


No comments:

Post a Comment