Dato’ Dr Rusly
Abdullah (Chef Li)
- Usahawan dalam bidang pendidikan dan latihan sepenuh masa.
- Memiliki Ph.D dalam bidang kulinari melalui program usaha-sama Asia Pasific Culinary Art Foundation dan University Iowa USA.
- Pernah bertugas sebagai pegawai bank di D&C Bank, Malayan Banking Berhad dan Bank Islam selama lebih 12 tahun.
- Pernah bertugas sebagai Penolong Pensyarah USM dan Pengurus Besar sebuah syarikat korporat.
- Penulis Buku Best Seller Trilogi “Menjejaki Jutawan Senyap”
Dato' Dr. Haji Azman Zaini bin Abd. Ghanie, DIMP
- Dilahirkan di Pekan, Pahang
- Merupakan pengasas Kolej Universiti Shahputra (UCSA)
- Memiliki kelayakan akademik dalam Doctorate of Business Administration specialised in Strategic Management & Doctorate of Business Administration specialised in Career Guidance & Counseling
- Pengalaman Bekerja sebagai Lembaga Pengarah Universiti di UCSA, Pengurus Besar di IKIP Education Sdn. Bhd. selama 3 tahun dan Pensyarah di Maktab Perguruan selama 8 tahu
Professor Emeritus Tan Sri
Dato’ Sri Paduka Dr Lim Kok Wing
Beliau merupakan pengasas Limkokwing University of Creative Technology yang terletak di Cyberjaya, Malaysia. Beliau dilahirkan pada 1940an dan beliau berusia 29 tahun (sekitar tahun 1975) sewaktu menubuhkan perniagaan yang pertama iaitu – Wings Creativity Consultants. Langkah perniagaan yang pertama diambil beliau dianggap berani kerana pada waktu itu, bidang tersebut dikuasi oleh ekspatriat dan syarikat multinasional. Dengan syarikat konsultan pengiklanan dengan membuat papan-papan tanda. Dengan usaha yang tekun dan sabar beliau meyakinkan syarikat multinasional untuk menggunakan bakat tempatan.Beliau seorang yang gigih dalam mengetengahkan bakat tempatan dengan menghasilkan kerj-kerja tempatan yang berkualiti.
Hari ini, beliau adalah Pengerusi Bersepadu
Kumpulan Limkokwing. Di bawah syarikat tersebut, terdapat banyak anak-anak
syarikat yang terlibat dalam pelbagai bidang dan antaranya pendidikan.
Beliau merupakan pengasas/presiden kepada institute
dibawah:
- Limkokwing University of Creative Technology, Malaysia, Botswana, Cambodia, China, Indonesia, Lesotho, United Kingdom
- Limkokwing Institute for Tomorrow (LIFT)
- Limkokwing Institute of Creative Technology
- Limkokwing Sound & Music Academy
- Limkokwing International Lifestyle Design Academy
- Limkokwing Executive Leadership College
- Limkokwing Foundation for Creative Excellence
- Millennium Institute of Technology
- Malaysian Design Innovation Centre
- Malaysian Branding & Packaging Design Centre
- Malaysian Education Promotion Council
- National Creativity and Innovation Institute
- Centre for Content Creation
- The Asia Creativity Institute
- International House Malaysia
- Public Opinion & Perception Research Centre
- K-Economy Enabling Institute
- Designers and Animators Guild
- The Next Generation
- Wings of Creativity
- The Art & Design Centre of Kuala Lumpur
- Momentum Communications
- Malaysian e-Sports Hub
Sumber: Sumber 1
Hew Moi
Lan
Ketua Pegawai Eksekutif Universiti SEGi
Beliau merupakan pemegang Sarjana Muda
Perniagaan, University of Newcastle, Australia. Pada awalnya, beliau menyertai
Pusat Latihan Sistematik Perniagaan yang kini dikenali sebagai Kolej SEGi Kuala
Lumpur pada tahun 1986. Mempunyai pengalaman
lebih daripada 20 tahun dalam industry pendidikan. Sejak 20 April 2010, beliau
memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif SEGi International Bhd. Berkhidmat
sebagai Naib Presiden Operasi SEGi International Bhd 27 Februari 2009, dan dilantik
sebagai Ketua Pegawai Operasi SEGi International Bhd. Bermula 1 Januari 2012, beliau dilantik sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif SEGi International Bhd.
Cawangan
Universiti/Kolej SEGi:
- University SEGi, Kota Damansara
- Kolej SEGi, Subang Jaya
- Kolej SEGi, Kuala Lumpur
- Kolej SEGi, Subang Jaya
- Kolej SEGi, Pulau Pinang
- Kolej SEGi, Sarawak
Kalobarasi
dengan Universiti Lain:
- Teeside University, UK
- Abertay University
- University of Greenwich, UK
- University of London Programmes, UK
- University of Sunderland, UK
- University of Southern Queensland, Australia
Dato' Dr. Teo Chiang Quan
Pengerusi Eksekutif Kolej Universiti KDU
Beliau dilantik sebagai Pengarah paramount
Corporation Berhad (PCB) pada tahun 1977 dan menjadi Pengarah Urusan Kumpulan
dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada tahun 1989. Beliau seorang yang
mempunyai pengalaman yang cukup luass dalam bidang pendidikan, hartanah dan
perniagaan insurans. Bagaimanpun, secara peribadi beliau sangat berminat dan
bersemangat dalam bidang pendidikan.
Di bawah bimbingan beliau, Kolej KDU telah
menjadi pusat utama bagi pengajian tinggi dan pembangunan professional. Pada tahun
1999, beliau mempelopori penubuhan KDU Smart School Sdn. Bhd. Seorang yang
berpandangan jauh, beliau merancang kaedah pemasaran yang unik dan dengan sifat
komitmen yang tinggi beliau telah menetapkan penanda aras bagi sekolah swasta
dan menengah di Malaysia.
Berikut adalah senarai insitusi pendidikan
yang berada dibawah Bahagian Pendidikan PCB dan KDU Education Group:
- Kolej KDU University (KDUUC)
- Kolej KDU Pulau Pinang (KDU PG)
- Sekolah rendah-menengah (KDUSS)
Datuk Hassan Harun
Datuk Hassan Harun adalah pengasas sekolah swasta di Kota Bharu,
Kelantan - Sekolah Kadir Adabi dan Sekolah Tinggi Wadi sofia.
Dua sekolah ini
sering menyiarkan iklan bagi menarik pelajar yang ingin meneruskan pendidikan
yang sedikit berlainan dari sekolah kebangsaan. Beliau menumpukan tenaga kepada
sekolah ini selepas meletakkan jawatan di KUB.
Sekolah Wadi Sofia terdiri daripada
aripada Wadi Sofia International School (WaSIS), Sekolah Tinggi Wadi Sofia
(STWaS), Sekolah Rendah Wadi Sofia (SRWaS), Wadi Sofia Tadika (WaSKid), dan
Wadi Sofia Pusat Bahasa (WaSCoL).
Universiti Tun Abdul Razak atau Unitar (1998) di Kuala
Lumpur juga sebuah institusi pendidikan yang dijuarai oleh Datuk Hassan
Harun.
Sebenarnya Hassan Harun sudah terlibat dengan dunia pendidikan sejak 1964.
Beliau menjadi guru ganti Bahasa Inggeris sebuah sekolah di Kelantan. Beliau
membantu menubuhkan Institut Pendidikan Kelantan (1968); Kumpulan Maktab
Adabi ; Kumpulan Adabi Sdn Bhd (1970) iaitu rangkaian sekolah menengah
swasta di Semenanjung Malaysia.Pada 1986, beliau IPTS
Adabi dan memulakan program berkembar pertama di Malaysia dalam kerjasama
dengan Universiti Nasional Indonesia. "ADABI" adalah jenama produk
makanan seperti rempah, mi segera, sos, dan sebagainya. Produk ini boleh
didapati di Malaysia,
Indonesia
dan Brunei.
Seterusnya Hassan Harun menubuhkan Akademi Kenali (1973) ; Institut
Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) (1991) dab Universiti Tun Abdul Razak
(UNITAR) (1998), yang merupakan universiti dalam talian yang pertama di Malaysi.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_Harun
Pengetua, Tadika Ceria Az-Zahrah
Pn. Hjh. Zaharah bt. Awang
Executive Diploma in Early Childhood Education,
Universiti Utara Malaysia
- Merupakan pengasas kepada Az-Zahrah Education Network, Taska Az-Zahrah, Pusat Jagaan Kanak-kanak Az-Zahrah , Tadika Ceria Az- Zahrah & Pusat Transit Az-Zahrah
- Merupakan Timbalan Presiden Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM)
- Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
- Salah seorang dari Panel penggubal Kurikulum Kebangsaan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia
- Jurulatih Guru dalam Program Latihan Guru Prasekolah Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia
- Jurulatih Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM)
- Penceramah Motivasi Remaja & Keibubapaan
Executive Diploma in Early Childhood Education,
Universiti Utara Malaysia
- Merupakan pengasas kepada Az-Zahrah Education Network, Taska Az-Zahrah, Pusat Jagaan Kanak-kanak Az-Zahrah , Tadika Ceria Az- Zahrah & Pusat Transit Az-Zahrah
- Merupakan Timbalan Presiden Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM)
- Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
- Salah seorang dari Panel penggubal Kurikulum Kebangsaan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia
- Jurulatih Guru dalam Program Latihan Guru Prasekolah Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia
- Jurulatih Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM)
- Penceramah Motivasi Remaja & Keibubapaan
Sumber : http://www.azzahrah.net/kenali-kami.html
Datuk Dr. Chan Tuck Hoong
Pengasas &
Naib Canselor HELP University
Datuk Dr Chan Tuck Hoong telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif kami pada 5 April 2007. Dr Chan memulakan kerjaya sebagai pensyarah. Beliau juga adalah Pengerusi Bahagian Ekonomi Gunaan 1979-1986 di Universiti Malaya. Dr Chan telah menubuhkan dan berunding dengan banyak kolej swasta di Asia terutamanya pada latihan akreditasi dan proses pengurusan jaminan kualiti. Beliau telah bekerja dengan banyak institusi antarabangsa dan badan akreditasi kerajaan.
Sebagai ahli ekonomi dan pendidik , beliau perunding bagi pelbagai organisasi antarabangsa dan kerajaan. Beliau telah menyumbang input dasar yang ketara kepada pelbagai projek kerajaan Malaysia, termasuk Pelan Lima Tahun dan Pelan Induk Perindustrian . Antara tahun 1984-1989, beliau adalah pada Panel Ahli ekonomi iaitu penasihat kepada Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga mengambil bahagian dalam pelbagai jawatankuasa yang memberi tumpuan kepada dasar pendidikan. Di samping itu, Dr Chan juga merupakan Pengerusi Indeks Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur selama 10 tahun.
Puan Ainon Mohd
Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS
- Menubuhkan syarikat sendiri bermula tahun 1988 PTS Consultants Sdn Bhd.
- Memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi pelanggan beliau termasuklah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira – Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi.
- Bertanggungjawab dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp.
- Telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan.
- Antara buku hasil tulisan beliau sendiri dan juga hasil tulisan bersama suami beliau yang terkenal termasuklah Mendorong Kreativiti Kanak-kanak, Pemikiran Lateral, Teori & Teknik Terjemahan, Psikologi Kejayaan, Belajar Berfikir, Teori Motivasi Di Tempat Kerja, Teori & Teknik Kepimpinan, Komunikasi Di Tempat Kerja, Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah dan pelbagai siri kamus bahasa melayu yang merupakan rujukan utama para pelajar dan guru-guru di sekolah.
- Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu.
Sumber : majalahniaga.com, sinar harian
Pengelola, Program Pra-Tahfiz Az-Zahrah
Tn. Ahmad Zulfadhli Khairuddin
Bachelor of Human Sciences (Psychology) (Honours)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Bachelor of Human Sciences (Psychology) (Honours)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Sanad Tilawah Al-Quran, Lajnah Al-quran Azhar, Shoubra, Mesir
- Pernah berkhidmat dan menerima latihan di Childline Malaysia (Talian Bantuan Kanak-kanak) sebagai Pegawai Bantuan Kanak-kanak.
- Berpengetahuan secara teori dan praktikal dalam bidang psikologi, terutamanya psikologi kaunseling & kanak-kanak.
- Pengalaman mengajar kanak-kanak di peringkat tadika dan sekolah rendah selama 7 tahun.
- Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Unit Latihan di Al-Baghdadi Selangor SDN. BHD.
- Merupakan perunding Teknik Al-Baghdadi
- Pelajar Sarjana dalam bidang Psikologi Pendidikan, Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- Sumber : http://www.azzahrah.net/kenali-kami.html