Nor Ashikin Noor Wavi

Profil Usahawan Pilihan
PUAN FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD


Pengarah Urusan 

Alamat
:
Syarikat Faiza SDN. BHD.
PLO 442, Jln Wawasan 16,
Kawasan Industri Sri Gading 2,
83300 Batu Pahat, Johor.
Tel
:
07-455 6900
Faks
:
07-455 7800
E-mel
:
Laman Web
:

Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya. Wanita yang berperwatakan lembut ini sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekaligus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.

Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”.  Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras  “Ponni” ini ke seluruh Malaysia.

Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.


Produk
 
Antara produk-produk yang dihasilkan oleh Syarikat Faiza Sdn. Bhd adalah beras dan juga rempah ratus. Beras Herba Ponni Taj Mahal yang dikeluarkan oleh syarikat Puan Faiza di tanam di kawasan sawah di sepanjang sungai di Selatan India. Beras yang dihasilkan juga rendah karbohidrat dan sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit diabetis dan hipertensi. 


                 

Selain itu, terdapat pelbagai lagi jenis beras yang menjadi pilihan syarikat Puan Faiza yang tinngi kualitinya yang diimport dari pelbagai negara. Disamping mempunyai khasiat yang tinggi, produk keluaran syarikat Puan Faiza juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan dijamin halal.



Sumbangan



Sumbangan Puan Faiza  yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Shd. Bhd terhadap masyarakat amatlah besar. Beliau sinonim dengan program yang berbentuk amal seperti program "Bersamamu", TV3 kerana syarikat itu merupakan penaja utama rancangan tersebut. Beliau turut berkata hasratnya kini adalah untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut.



Anugerah




Syarikat Faiza telah menerima pelbagai anugerah termasuk pemborong terbaik pada tahun 2000, anugerah kecemerlangan operasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 2001 dan dan anugerah emas bagi beras Taj Mahal oleh Reader's Digest Super Brand.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Puan Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro Kebajikan) dan ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat serta pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.
 
Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Wanita Anggun 2005, Tokoh Ibu Mithali Perkim 2007, Wanita Nadi Negara peringkat Johor 2007, anugerah khas Tokoh Guru 2009 dan tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 2010.


Sumber:  

  1. 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia, Norlela Zubir
  2. usahawan-berasfaiza.blogspot.com