PENGENALAN
VM
Easy Enterprise adalah sebuah syarikat hak milik penuh bumiputera yang ditubuhkan pada 22
Februari 2014. VM Easy Enterprise membekalkan pelbagai
model mesin layan diri (vending machine).
Berbeza dengan mesin layan diri sedia ada, VM Easy Enterprise menyediakan mesin
layan diri yang memberi alternatif kepada pengguna untuk membuat pembayaran
dengan menggunakan sistem kad prabayar touch ‘n’ go. Pada masa yang sama,
pengguna juga boleh membuat pembayaran secara tunai dengan menggunakan duit
syiling atau not kertas.
MISI
Menawarkan produk yang berkualiti tinggi dengan
memberi kepuasan serta pengalaman yang positif kepada pengguna. Selain itu,
membina hubungan jangka masa yang panjang dengan pelanggan dengan menawarkan
nilai dan perkihdmatan yang berpatutan secara konsisten.
VISI
Mewujudkan sebuah syarikat perkhidmatan yang mampu berdaya
saing serta mengutamakan pelanggan sambil berusaha untuk menjadi sebuah
syarikat perkhidmatan yang bertaraf nasional serta global.
OBJEKTIF
- Membekalkan perkhidmatan yang berteknologi tinggi selaras dengan peredaran
masa.
- Menjalankan urusan perniagaan secara professional
- Jujur dan amanah dalam menjalankan
urusniaga
- Cekap dan pantas terhadap aduan
pelanggan
- Kepuasan pelanggan merupakan objektif
utama dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi.
- Kreatif, dinamik serta produktif
- Menghasilkan lagi produk dan cetusan
idea baru.
- Sentiasa mencari alternatif baru untuk
memberi kepuasan kepada pelanggan.
Berdasarkan kepada objektif syarikat dan
kepercayaan dari pelanggan diharap VM Easy Enterprise akan menjadi sebuah
syarikat yang berjaya dan setanding dengan syarikat-syarikat gergasi yang telah
mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
SASARAN PASARAN
- Agensi Kerajaan dan Swasta
- Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
- Sekolah Awan dan Swasta
- Perpustakaan
- Kompleks Beli-Belah
- Stesen LRT & Komuter
- Lapangan Terbang
- Hotel/Motel