Nur Syahadah Mohd Salleh

Profil Usahawan Pilihan 


JAN KOUM


Ketua Pengarah Eksekutif WhatsApp dan Pengarah Urusan Facebook, Inc.
Ibu Pejabat    : Mountain View, California, United States
Jumlah Pekerja: 55 orang
Website         : www.WhatsApp.com

Jan Koum(Ян Кум), 38, berasal dari Ukraine dan dilahirkan pada 24 Februari 1976. Beliau berhijrah ke Mountain View, California, Amerika Syarikat pada tahun 1992 bersama ibu dan nenek beliau. Mendapat pendidikan di San Jose State University, California.

Jan Koum merupakan Ketua Pengarah Eksekutif WhatsApp. Beliau mengasakan aplikasi tersebut bersama-sama Brian Acton pada tahun 2009 dan aplikasi tersebut dianggarkan bernilai RM22.4 bilion pada lima tahun kemudiannya.

Aplikasi WhatsApp adalah satu aplikasi dalam telefon pintar yang membolehkan pennguna menghantar mesej secara percuma. Aplikasi tersebut tidak mempunyai sempadan dimana dua orang dari dua negara yang berlainan boleh menghantar mesej secara percuma hanya dengan adanya talian internet pada telefon pintar mereka. Tambahan lagi, pengguna juga boleh menghantar gambar, mesej dalam bentuk audio dan juga video melalui aplikasi WhatsApp. Ia sekarang menjadi perkihdmatan mudah alih terbesar diseluruh dunia dan digunakan secara aktif oleh 430 juta pengguna. Jumlah pengguna aplikasi WhatsApp mengatasi jumlah pengguna Skype dan Snapchat walaupun telah digabungkan.

Koum buat masa sekarang sudah boleh digelar bilionair selepas beliau dan rakannya, Brian Acton menandatangani perjanjian yang bernilai AS$19 bilion (RM62.7 bilion) dengan Facebook, Inc. pada 19 Februari 2014. Kejayaan beliau dan rakannya bukan semudah yang disangka. Koum bukanlah orang asing dengan kegagalan dan beliau bukan melalui jalan yang mudah bagi mencapai apa yang dicapai pada hari ini.

Koum bermula sebagai pendatang asing yang berhijrah ke Amerika Syarikat. Beliau dan keluarganya tinggal di sebuah apartmen kecil yang hanya mempunyai dua bilik di Mountain View, California. Hidup beliau dan keluarganya bergantung pada program kebajikan disitu. Ibunya hanyalah seorang pengasuh dan dia sendiri pernah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kedai runcit. Sebagai memperingati kesusahan yang pernah dilaluinya, Koum memilih pejabat kebajikan di Mountain View sebagai lokasi menandatangani perjanjian dengan Facebook. Disitu, Koum pada suatu ketika dahulu pernah beratur untuk megambil bekalan makanan.
Mengenali rakan kongsinya, Calton sewaktu beliau bekerja sebagai penguji keselamatan (security tester) di Ernst & Young dan kemudiannya sama-sama beralih ke Yahoo. Selepas sembilan tahun bekerja dengan Yahoo, beliau dan Acton meletakkan jawatan di Yahoo dan berehat selama setahun di Amerika Utara. Pada Januari 2009, beliau dan Acton memohon untuk bekerja di Facebook, walaubagaimanpun permohonan beliau ditolak.

Idea untuk mencipta aplikasi WhatsApp bermula apabila beliau membeli telefon pintar iPhone pada januari 2009 dan menyedari App Store yang berusia 7 bulan akan bercambah ke industri apps yang baru. Koum berjumpa dengan kawannya Alex Fishman dan berbual tentang idea Koum selama beberapa jam di kabinet dapur Fishman. Koum memilih WhatsApp kerana ia berbunyi ‘what’s up’, dan seminggu kemudian atau lebih tepat pada hari jadi beliau – 24 Febuari 2009, beliau menubuhkan WhatsApp Inc. di California. Lokasi pejabat aplikasi WhatsApp berada tidak jauh dari pejabat kebajikan di Mountain View dan kini Koum memandu Porsche untuk ke pejabat.

Walaupun sudah bergelar bilionair, Koum tidak bermegah-megah dengan kejayaan yang dicapai. Buktinya, pejabat aplikasi WhatsApp tidak mempunyai papan tanda dan Koum melihat ia hanya sebagai lambang untuk bermegah-megah sahaja.


Rujukan: